Friday 12 April 2013

Masa itu emas

ASSALAMUALAIKUM.....................

Untuk entry yang seterusnya, saya ingin berkongsi tentang MASA.


"Masa itu emas".
Ungkapan ini seringkali dipersetujui oleh semua pihak. Manakan tidak, umpama itu sendiri membawa maksud bahawa masa itu merupakan anugerah yang tidak terhingga kepada manusia. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakannya dengan sebaiknya kerana masa tidak menunggu kita malah amat mencemburui kita dan ia amat berharga. Amatlah rugi kepada sesiapa yang tidak memanfaatkannya dengan sebaiknya.
         Islam sendiri amat menitik beratkan tentang pengurusan masa. Buktinya jelas tertulis di kitab Allah Al Quran dalam surah Al-Asr yang membawa maksud ;
         "Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.Kecuali orang orang yang beramal soleh dan mereka pula berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan sabar".







 Bagi seseorang pelajar seperti saya, pengurusan masa amatlah penting.  Sebagai seorang pelajar, kita seharusnya bijak dalam menguruskan masa. Misalnya, dengan membuat jadual harian. Dengan cara ini kita  dapat membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran, beriadah dan sebagainya. Kemahiran mengurus masa membolehkan kita selesa untuk belajar,bergaul dengan rakan,dan melakukan aktiviti bersama keluarga.
Ibu bapa juga tidak terlepas. mereka seharusnya bijak membahagikan masa untuk bekerja, bersama keluarga dan juga untuk perkara lain. Mereka juga perlu memastikan anak- anak mereka memanfaatkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Kita seharusnya sedar akan kepentingan masa. Setiap orang seharusnya bertanggungjawab dalam menguruskan masanya sendiri supaya masa yang terluang itu tidak disia-siakan. Sedarlah bahawa setiap saat itu amat berharga.Maka, marilah sama-sama kita menguruskan masa dengan bijak agar kehidupan lebih terurus.
Sekian....:)