Monday 20 May 2013

BERSENAM

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang bersenam. Almaklumlah, masyarakat sekarang ini, sangat malas untuk bersenam, segelintir je yang melakukannya. 

Bersenam bukan bermaksud melakukannya untuk kurus, tetapi tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. 

Bersenam sememangnya penting dan baik dalam menjaga kesihatan. Rata-rata masyarakat tahu akan kepentingan bersenam, namun tetap mengabaikannya dan meninggalkannya. Bukan sahaja golongan yang bekerja malah golongan muda juga turut mengendahkannya. Bahkan, sering memberi alasan tidak masuk akal seperti tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada cara lain, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu malas bersenam. Mereka lebih suka bermalas-malasan dirumah sambil menonton televisyen, membaca komik dan makan makanan kurang berkhasiat. Malah, hendak pergi ke destinasi lain juga sanggup menunggang motosikal walaupun jarak hanya sekangkang kera.



Kajian juga menunjukkan bahawa bersenam juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti lemah jantung dan pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol darah tinggi. Bersenam juga mampu menangani masalah bimbang, ketegangan dan tekanan serta mampu menguatkan otot. Selain itu, dengan bersenam juga, dapat meningkatkan tenaga serta menarik minat dan semangat untuk melakukan sesuatu perkara yang lain.

Islam juga ada menyuruh kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat dan mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah. Rasulullah S.A.W juga bersabda:
 “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan” oleh hadis riwayat Muslim.

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan amalan bersenam sebagai budaya hidup dalam mewujudkn kehidupan yang lebih aktif . Kita juga seharusnya sedar akan kepentingan bersenam dan marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dengan bersenam.

Sekian...

Saturday 18 May 2013

UJIAN DALAM KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap orang pasti pernah mengalami masalah. Sebagai umat Islam, kita sepatutnya menganggap masalah itu sebagai suatu ujian itu daripada Allah SWT. Ujian adalah ketahanan iman seseorang terhadap dugaan yang menimpa. Kita mestilah bersabar dalam menghadapi segala ujian tersebut tidak kira samada ujian itu besar atau kecil.


Ujian yang diturunkan Allah itu tidak akan melampaui kemampuan yang dimiliki setiap orang. Setiap bentuk ujian itu sudah terukur, disesuaikan kemampuan seseorang. 
Firman Allah SWT:
 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah: 286). 


Setiap ujian Allah SWT itu, tersimpannya hikmah atau kebaikan. Antara hikmah tersebut ialah:
1. Menghapuskan dosa atau meningkatkan darjat disisi Allah SWT.
2. Mematangkan seseorang individu
3. Mengenali tahap mazmumah diri
4. Sebagai satu nikmat



Oleh sebab itu, jika kita reda dengan (semua bentuk) ujian Allah, maka dalam keadaan apa pun kita akan tetap dapat mengatasinya.


Bersabarah dalam menghadapi ujian Allah SWT.
Sekian...



KEISTIMEWAAN ISLAM



Assalamualaikum...

Ok, untuk post saya kali ini, saya ingin share dengan anda semua tentang keistimewaan Islam dan cara untuk meningkatkan ketaqwaan diri. Sebagai umat Islam, kita harus bersyukur kerana kita dilahirkan  dalam Islam. Islam adalah agama yang indah kerana Islam dapat memenuhi segala aspek manusia dari segi zahir dan batin.

Keistimewaan dan keunggulan pemikiran islam dapat dibandingkan dengan agama agama sebelumnya kerana agama yang sebelumnya ditujukan kepada orang yang tertentu.sedangkan Islam ditujukan kepada semua umat manusia sehingga hari kiamat. Islam bukan sahaja dari nama,tetapi Islam juga harus dari segi perkataan, perbuatan,dan pemikiran. 
Selain itu risalah-risalah Rasul terdahulu hanya memecahkan beberapa bagian tertentu dari persoalan kehidupan manusia seperti akidah, ibadah, hubungan laki-laki dan wanita atau persoalan makanan. Sedangkan syariat Islam hadir untuk memecahkan seluruh aspek kehidupan manusia, baik interaksi manusia dengan Tuhan nya, hubungan dia dengan dirinya sendiri, dan interaksinya dengan orang lain. 

Di samping itu, mukjizat para rasul terdahulu bersifat temporal, akan berhenti dan lenyap bersamaan dengan wafatnya rasul tersebut. Misalnya, mukjizat tongkat nabi Musa, tongkat itu hilang ditelan bumi. Tongkat yang memiliki berbagai keistimewaan itu tidak ditemukan lagi hari ini. Demikian juga mukjizat kemampuan menghidupkan orang mati yang dimiliki Nabi Isa, hilang bersama hilangnya Nabi tersebut dari muka bumi. Mukjizat Nabi Sulaiman berupa kemampuannya menundukan burung, jin dan angin, juga telah sirna tiada muncul kembali. Serta mukjizat unta betinanya Nabi Shalih yang menghasilkan susu yang melimpah ruah pun musnah tak bisa diperbaharui. Sedangkan mukjizat Nabi Muhammad saw bersifat kekal dan abadi sampai Hari Kiamat. Mukjizat itu al-Qur’an al-Karim yang menantang manusia untuk membuat yang serupa dengannya. Kitab al-Qur’an yang kita baca hari ini adalah al-Qur’an yang dibacakan dan disampaikan oleh Rasulullah Saw 15 abad yang lalu. Dan jutaan kitab al-Qur’an yang tersebar di seluruh penjuru duani dan ada dari masa ke massa adalah duplikasi tanpa penambahan dan pengurangan dari al-Qur’an yang diterima oleh para sahabat dari beliau Saw di Makkah dan Madinah saat beliau Saw masih hidup dan mendapatkan wahyu dari langit. Inilah satu-satunya kitab yang dijanjikan oleh Allah untuk dipelihara (dijaga) seperti dalam firman-Nya:
"sesungguhnya kami lah yang menurunkan al-Quran dan kami pulalah yang akan menjaganya." (al-Hijr:9).

BULAN REJAB

ASSALAMUALAIKUM...
Memandangkan saya menulis post ini pada bulan Rejab, saya ingin berkongsi sedikit kelebihan tentang bulan Rejab.

Maksud Rejab dalam bahasa arab ialah mulia atau agung.Terdapat banyak peristiwa penting dalam bulan rejab iaitu Hijrah pertama dalam islam,Israk dan Mikraj,Peperangan tabuk,Pembebasan Baitul Maqdis dan pada bulan Rejab lah lahirnya Imam Syafie RH.Kelebihan pada bulan Rejab ialah jika kita puasa pada 1 Rejab,insyaallah kita akan mendapat syurga yang tertinggi iaiti syurga Firdaus. Jika kita berpuasa selama 2 hari,pahala kita akan dilipat gandakan,jika kita puasa selama 3 hari, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka.
Pada bulan rejab ini marilah kita mendekatkan diri kepada Allah supaya mendapat keredaan Allah.
So, marilah sama-sama kita meningkatkan pahala dengan memperbanyakkan ibadah di bulan ini.

Sekian...

Friday 17 May 2013

GURU

Pada 16 Mei setiap tahun kita menyambut Hari Guru bagi memperingati segala jasa seorang insan yang digelar guru.Memandangkan baru jer kita menyambut Hari Guru,kali nie saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang Hari Guru.
Sebelum itu, marilah kita dengar lagu daripada najwa latif yang bertajuk "terima kasih cikgu".


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DTrS2JpgLD8

''GURU UMPAMA LILIN MEMBAKAR DIRI". Ungkapan ini membawa maksud seorang guru yang sanggup mengharungi pelbagai cabaran dan sentiasa sabar dalam mendidik anak murid yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah.Namun, itu semua bukanlah penghalang bagi mereka asalkan mereka dapat melihat anak murid mereka berjaya dalam pelajaran.Pada 16 Mei ni lah murid murid dapat menghargai jasa guru guru mereka dengan mengucapkan terima kasih dan memberi hadiah dengan penuh ikhlas.Namun, bagi guru hadiah bukanlah penting buat mereka tetapi ucapan terima kasih yang ikhlas yang diucapkan oleh anak murid sudah cukup buat mereka rasa terharu dan rasa diri mereka dihargai.

Monday 13 May 2013

IBU

Baru baru ini negara kita telah menyambut Hari Ibu. Hari Ibu ini diadakan adalah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan oleh ibu kita dari saat mengandung sembilan bulan ke saat yang paling gentir iaitu saat melahirkan hinggalah mendidik, menjaga,memberi kasih sayang dari kecil hinggalah dewasa.Namun, dalam Islam kita tidak digalakkan menyambut Hari Ibu kerana hari hari merupakan hari ibu. Kita seharusnya menghargai segala pengorbanan ibu kita tidak kira masa. Lagipun, syurga kan letaknya dibawah telapak kaki ibu,,maka, hormatilah ibu...
 Buat semua ibu-ibu dan juga bakal ibu, selamat hari ibu...



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gMRb0cTvcF0

Sayang mak selamanya....I love u my mom.

Thursday 9 May 2013

BERNIAGA DALAM ISLAM

Assalamualaikum semua.......
Pada entry kali ini saya ingin berkongsi sesuatu mengenai peerniagaan dalam Islam. 
Sebelum itu, saya nak bagitau la yang saya sengaja menulis mengenai perniagaan dalam Islam ini kerana saya dan rakan-rakan seperjuangan  baru sahaja selesai satu praktikal berniaga untuk subjek "entrepreneurship". Seronok tu memang la seronok tapi letih sangat.

Dalam Islam, berniaga itu diharuskan. Ini adalah kerana ianya dapat memperbesarkan dan memperluaskan aktiviti syariat.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhny Allah sentiasa mengasihi kamu". (an-Nisa':29)

Ramai antara kita yang tidak tahu kenapa Islam mengharuskan kita untuk berniaga. Disini, saya sertakan tujuan berniaga menurut perspektif Islam.

Tujuan Berniaga:

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Mengajar kita bertolak ansur.
3. Mengajar kita melariskan barang- pandai bercakap, pandai menyampaikan
4. Melahirkan sifat sabar.
5. Melahirkan orang yang cerdik, pandai berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
6. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
7. Dapat menambah ilmu.
8. Jujur dan amanah
9. Berzakat
10. Melahirkan sikap pemaaf
11. Memenuhi keperluan umat Islam




Seperti yang kita semua ketahui, berniaga tidak semestinya akan untung sahaja bahkan ada kalanya kita akan mengalami kerugian. Justeru itu, kita seharusnya berani mengambil risiko sekiranya ingin menceburi bidang perniagaan ini.

Berniaga juga merupakan salah satu cara dalam memajukan agama, bangsa dan negara. Tanpa kita sedari, didalam perniagaan, kita juga berpeluang mengeluarkan zakat. Dengan itu, kita dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Allah SWT  telah berfirman didalam al-Quran:
Maksudnya:
"Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". (al-Baqarah: 83)

Berniaga juga dapat melatih diri kita untuk bersabar. Sesungguhnya bersabar itu adalah salah satu sikap orang yang bertakwa.

Justeru itu, marilah kita berniaga niat kerana Allah SWT sebagai satu ibadah.
Sekian...