Monday 20 May 2013

BERSENAM

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang bersenam. Almaklumlah, masyarakat sekarang ini, sangat malas untuk bersenam, segelintir je yang melakukannya. 

Bersenam bukan bermaksud melakukannya untuk kurus, tetapi tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. 

Bersenam sememangnya penting dan baik dalam menjaga kesihatan. Rata-rata masyarakat tahu akan kepentingan bersenam, namun tetap mengabaikannya dan meninggalkannya. Bukan sahaja golongan yang bekerja malah golongan muda juga turut mengendahkannya. Bahkan, sering memberi alasan tidak masuk akal seperti tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada cara lain, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu malas bersenam. Mereka lebih suka bermalas-malasan dirumah sambil menonton televisyen, membaca komik dan makan makanan kurang berkhasiat. Malah, hendak pergi ke destinasi lain juga sanggup menunggang motosikal walaupun jarak hanya sekangkang kera.



Kajian juga menunjukkan bahawa bersenam juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti lemah jantung dan pelbagai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol darah tinggi. Bersenam juga mampu menangani masalah bimbang, ketegangan dan tekanan serta mampu menguatkan otot. Selain itu, dengan bersenam juga, dapat meningkatkan tenaga serta menarik minat dan semangat untuk melakukan sesuatu perkara yang lain.

Islam juga ada menyuruh kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat dan mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah. Rasulullah S.A.W juga bersabda:
 “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan” oleh hadis riwayat Muslim.

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan amalan bersenam sebagai budaya hidup dalam mewujudkn kehidupan yang lebih aktif . Kita juga seharusnya sedar akan kepentingan bersenam dan marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dengan bersenam.

Sekian...

No comments:

Post a Comment