Thursday 9 May 2013

khalifah

ASSALAMUALAIKUM..............................

Okeyy post saya kali ini  ialah tentang khalifah.
Saya menulis post ini kerana saya telah menghadiri satu ceramah di masjid berdekatan dengan rumah saya yang menceritakan tentang khalifah keempat daripada khulafa' ar-rasyidin iaitu Saidina Ali.

Nama penuh beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib.Beliau lahir di dalam kaabah di mekah.Beliau juga merupakan sepupu Rasulullah iaitu anak kepada bapa saudara baginda,Abu Talib.Beliau juga merupakan  menantu Rasulullah selepas memperisterikan puteri rasulullah Fatimah.beliau digelar "karamallahuwajhah" yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil.Beliau juga merupakan kanak kanak pertama yang memeluk islam iaitu ketika berumur sepuluh tahun.Tempoh beliau menjadi khalifah ialah selama 4 tahun.Beliau sentiasa menyokong Rasulullah dalam setiap perkara seperti semasa berlakunya kezaliman terhadap orang muslim.Pada peristiwa hijrah berlaku, beliau sanggup  tidur di atas katil rasulullah pada malam Baginda berhijrah ke Madinah sehingga berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh rasulullah.Semasa peristiwa perang badar berlaku, beliau telah berjaya menumpaskan seorang jaguh Quraisy di samping askar askar  yang lain.Beliau juga telah menyertai semua peperangan bersama rasulullah dan askar askar yang lain kecuali Perang Tabuk.Beliau juga merupakan jurutulis perjanjian Hudaibiah dan penulis wahyu.Beliau telah mengetuai misi dakwah di Hamadan,Iraq...










Sekian...

No comments:

Post a Comment