Thursday 9 May 2013

BERNIAGA DALAM ISLAM

Assalamualaikum semua.......
Pada entry kali ini saya ingin berkongsi sesuatu mengenai peerniagaan dalam Islam. 
Sebelum itu, saya nak bagitau la yang saya sengaja menulis mengenai perniagaan dalam Islam ini kerana saya dan rakan-rakan seperjuangan  baru sahaja selesai satu praktikal berniaga untuk subjek "entrepreneurship". Seronok tu memang la seronok tapi letih sangat.

Dalam Islam, berniaga itu diharuskan. Ini adalah kerana ianya dapat memperbesarkan dan memperluaskan aktiviti syariat.

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhny Allah sentiasa mengasihi kamu". (an-Nisa':29)

Ramai antara kita yang tidak tahu kenapa Islam mengharuskan kita untuk berniaga. Disini, saya sertakan tujuan berniaga menurut perspektif Islam.

Tujuan Berniaga:

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Mengajar kita bertolak ansur.
3. Mengajar kita melariskan barang- pandai bercakap, pandai menyampaikan
4. Melahirkan sifat sabar.
5. Melahirkan orang yang cerdik, pandai berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
6. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
7. Dapat menambah ilmu.
8. Jujur dan amanah
9. Berzakat
10. Melahirkan sikap pemaaf
11. Memenuhi keperluan umat Islam




Seperti yang kita semua ketahui, berniaga tidak semestinya akan untung sahaja bahkan ada kalanya kita akan mengalami kerugian. Justeru itu, kita seharusnya berani mengambil risiko sekiranya ingin menceburi bidang perniagaan ini.

Berniaga juga merupakan salah satu cara dalam memajukan agama, bangsa dan negara. Tanpa kita sedari, didalam perniagaan, kita juga berpeluang mengeluarkan zakat. Dengan itu, kita dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Allah SWT  telah berfirman didalam al-Quran:
Maksudnya:
"Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". (al-Baqarah: 83)

Berniaga juga dapat melatih diri kita untuk bersabar. Sesungguhnya bersabar itu adalah salah satu sikap orang yang bertakwa.

Justeru itu, marilah kita berniaga niat kerana Allah SWT sebagai satu ibadah.
Sekian...

No comments:

Post a Comment